Friday, August 13, 2010

LAUNGAN KEMERDEKAAN 1957



Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Malam Merdeka
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.

Upacara Pengisytiharan

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di susur terowong masuk.

Kemudian, tetamu-temamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika dia menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak) Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali, baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Duke of Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.

Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain akan pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pengisytiharan Kemerdekaan".

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.

rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemasyhuran_Kemerdekaan_Tanah_Melayu

Thursday, August 12, 2010

Pengaruh British Di Sarawak

Setelah Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Sarawak, brooke telah dilantik menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh Pangeran Muda Hashim dan seterusnya pada tahun 1842 Brooke telah menerima surat pelantikan daripada Sultan Brunei sebagi Raja Sarawak. Brooke telah menjalankan pemerintahan dinasti di Sarawak, iaitu kuasanya akan diganti oleh keturunannya bagi meneruskan pemerintahan di Sarawak.
Raja Putih Sarawak telah meningkat sIstem pentadbirannya dengan pentadbiran yang lebih lengkap dan sistemetik. Brooke telah berusaha memajukan kegiatan perdangan di Sarawak, hal ini telah menyebabkan British berpandangan bahawa Brooke telah jalan perdangan kepada para pedagang British untuk menguasai jalan perdagangan ke benua China. Bagi melancarkan aktiviti perdangangan, Brooke telah berusaha menghapuskan lanun, hal ini telah menyebabkan Brooke terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Laut Diraja British.Angkatan laut ini juga telah membantu Brooke meluaskan kekuasaannya di Sarawak.Pada masa yang sama Brooke juga meluaskan wilayahnya dengan mengambil secara paksa atau membelinya daripada kesultanan Brunei.
Pada tahun 1853 Brooke telah diangkat menjadi Gebenor British yang pertama di Pulau Labuan serta telah bertindak sebagai wakil British ke Brunei. Pemerintahan Brooke di Sarawak sangat memerlukan pengaruh inggeris kerana bimbang akan kuasa–kuasa eropah lain yang sedang giat memperluaskan kuasa mereka di sekitar Malaysia. Bagi mengurangkan kebimbangan itu, British telah mengiktirafkan dengan rasminya kemerdekaan Sarawak bari Brunei pada tahun 1863 dan menghantar seorang pegawai konsul ke Sarawak.Pertalian antara Sarawak dengan British ini telah memperkuatkan lagi hubungan diantara laut Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa yang sama British telah mengarahkan agar Brooke mengubah corak pemerintahannya supaya berkiblatkan Britain.Sehingga Raja Sarawak yang kedua pernah mengatakan bahawa dimana bendera Sarawak di naikkan, di situ kepentingan inggeris akan dijungjung, ini menunjukkan bahawa British telah berpungaruh di Sarawak.

RUJUKAN

Mohd.Isa Othman.2002.Sejarah Malaysia 1800-1963.Kuala Lumpur.Perpustakaan Negara Malaysia.Hal 266.

http://members.tripod.com/~PKPMSM1/sejarah20c.html

Bar Bara Watson Andaya Dan Leonard Y.Andaya.1983.Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur.Macmillan Publishers (M) Sdn.Bhd.Hal 146.

Kesan Perang Saudara 1866-1873 Kepada Pentadbiran Di Selangor.

Selepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberikan kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Selangor untuk bertindak di Selangor. Pada tahun 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka yang berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh.
Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.
Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi british. Dalam pada itu Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya Britsh melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Okteber 1874, J.G Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai penolong Residen. Akuan penerimaan Penasihat British ini telah dinyatakan oleh Sultan Abdul Samad dalam suratnya yang bertarikh 1 Oktober 1874 kepada Gabenor Andrew Clarke.

RUJUKAN

Gullick J.M.A History Of Selangor 1742-1957. hlm 59.

Nur Azian Wahab. Perang Kelang di Selangor 1866-1873. (2003).Laman Web Dunia:

http://portal. Mpklang.gov.my/lamanjabatan/individu.htm.

Gullick J.M. Tunku Kudin in Selangor 1868-1878. hlm 219.

S.P. Star. Pengenalan Sistem Residen Di Selangor.( 2002) .Laman Web Dunia:

http://www.geocities.com/cominglucky/selangor1874.htm

Buyong Adil. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. hlm 138.

Perang Saudara di Kelang 1867- 1873.

Kejayaan dan keuntungan yang diperolehi dari usaha Raja Abdullah yang memajukan perlombongan bijih timah di lembah Klang telah mencelikkan mata Raja Mahadi. Raja Mahadi kemudiannya menuntut hak beliau ke atas lembah Klang yang dikatakan sepatutnya diwarisi daripada ayahanda beliau. Raja Sulaiman. Tuntutan itu ditolak oleh sultan Abdul Samad. Walau bagaimanapun, bagi mengelakkan sebarang kekecohan, Raja Abdullah bersetuju membayar wang sagu hati setiap bulan kepada Raja Mahadi. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya ketidakpuasan hati Raja Mahadi dan sekaligus untuk mengelakkan daripada tercetusnya rampasan kuasa oleh Raja Mahadi. Namun begitu, Raja Mahadi tetap tidak berpuas hati dengan pemberian tersebut. Beliau berpendapat sebagai anak bekas pemerintah Kelang dan cucu kepada bekas sultan, beliau sepatutnya menerima sekurang-kurannya setengah daripada hasil pendapatan daerah Kelang sebagai pencen. Raja Mahadi telah mengemukakan hasratnya kepada sultan Abdul Samad, tetapi baginda menolak tuntutan tersebut, sebaliknya menyuruh Raja Abdullah untuk menghentikan bayaran tersebut.

Dalam tahun 1866, Raja Abdullah telah melantik W.H. Reed dan Bab Tan Kun Cheng iaitu saudagar dari Singapura untuk menjadi pemungut cukai rasmi di daerah Kelang dan di seluruh kawasan di bawah kekuasaan Raja Abdullah iaitu Klang. Menurut adat, anak-anak raja dibebaskan dari membayar cukai. Adat kebiasaan ini telah dihapuskan. Raja Mahadi membawa barang-barang dagangan untuk dijual kepada pelombong-pelombong cina di kawasan Kuala Lumpur. Ia berpegang kepada adat kebiasaan dan enggan membayar cukai. Pada ketika itu, di bahagian pantai laut negeri Selangor, terutamanya di kuala-kulala sungai didiami oleh orang melayu dan berketurunan Bugis. Raja Abdullah di Kelang, Sultan Abdul Samad di Langat dan putera baginda Raja Musa di Kuala Selangor merupakan antara raja dan pembesar melayu yang berketurunan Bugis. Sementara di beberapa kawasan seperti di Kuala Lumpur, Ampang dan Cheras kebanyakkan adalah daripada orang sumatera, iaitu mendiling, Rawa, dan Batu Bara yang berhijrah ke Selangor untuk berniaga dan mencari bijih timah. Hubungan Bugis dan orang sumatera memang sudah renggang pada abad ke-18 lagi kerana untuk menyelebelahi raja masing-masing dalam merebut kuasa kerajaan di Johor. Ketua orang Bugis itu ialah Sila Watang dan Wak Sigalah manakala ketua Sumatera ialah Enche’ Nonggok.

Dalam pada itu Raja Mahadi telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan bantuan daripada orang-orang sumatera untuk menentang Raja Abdullah di Klang. Dengan bantuan orang-orang sumatera, Raja Mahadi menyerang kubu Raja Abdullah di Kelang. Dalam serangannya ke atas Bandar kelang dalam tahun 1866, Raja Mahadi telah berjaya mengusir Raja Abdullah yang terpaksa melarikan diri ke Melaka. Kemuncak Pertelingkahan di antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah itu, pembesar-pembesar dengan serta mertanya terpecah kepada dua puak. Pada mulanya, Sultan Abdul Samad mengecualikan diri daripada pertelingkahan ini.

Tidak lama setelah berkuasa di Kelang, timbul perbalahan antara Raja Mahadi dengan Sultan Abdul Samad akibat daripada tindakan beliau menghentikan bayaran bulanan yang dijanjikan. Tindakan Raja Mahadi telah menimbulkan kemurkaan Sultan Abdul Samad dan baginda bertindak untuk memutuskan pertunagan puterinya Raja Arfah dengan Raja Mahadi. Baginda kemudiannya telah mengahwinkan puterinya dengan Sultan Kedah ( Sultan Ahmad Dhiauddin Mukarram Shah) yang bernama Tengku Dhiauddin, biasanya disebut sebagai Tengku Kudin. Tahun 1868, baginda telah mengurniakan Tengku Kudin sebagai wakil daerah Langat kepada beliau.Tindakan Sultan Abdul Samad melantik Tengku Dhiauddin yang merupakan bukan kerabat di raja selangor kerana pada masa ini, kerana pada masa ini kerabat Diraja Selangor pada masa itu saling bertelingkah antara satu sama lain. Dengan itu juga, Sultan Abdul Samad berharap agar pelantikan Tengku Dhiauddin sekaligus dapat menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapai di Selangor. Tindakan Sultan Abdul Samad ini adalah bertujuan supaya keadilan dapat diwujudkan dikalangan kerabat Di raja Selangor yang masa itu sedang bertelagah di antara satu sama lain.

Pelantikan Tenku Kudin telah dibantah oleh golongan kerabat diraja yang lain, seperti Raja Musa, Raja Kahar dan Raja Yaakub serta Raja Mahadi. Mereka menggangap Tengku Kudin itu sebagai “ Orang Luar” yang campur tangan dalam hal ehwal dalam pentadbiran negeri Selangor. Raja Abdullah mangkat dan dimakamkan di Ketapang, Melaka.Secara senyap di waktu subuh, Raja Ismail dan angkatannya menyerang kubu Raja Mahadi di Kuala Kelang. Pada tahun 1869, kubu Raja Mahadi elah dibedil di seberang Sungai. Orang Rawa menyerahkan kubu kepada Raja Ismail atas sebab Raja Mahadi telah mungkir janji untuk memberinya kuasa di Kelang. Raja Ismail mengepung Raja Mahadi. Akibatnya, Raja Ismail telah berjaya menduduki Klang dan tinggal di Kota dan memajukan Klang, bina jalan, perusahaan bijih timah dan perniagaan dengan negeri-negeri Selat. Sultan Abdul Samad menyerahkan Kelang kepada Tengku Kudin. Sebab berlakunya penyerahan kerana Sultan Abdul Samad tidak mampu lagi untuk menangkis perbalahan yang berlaku perbalahan dalam negeri.
Sementara itu, pengusiran Raja Mahadi dari Kelang tidaklah mengakhiri peperangan di sana. Putera-putera Raja Abdullah terus menentang Raja Mahadi bagi pihak ayahanda mereka. Pada mulanya Tengku Kudin telah menawarkan dirinya sebagai orang tengah tetapi telah di tolak oleh Raja Mahadi. Tengku Kudin kemudiannya bergabung dengan Raja Ismail untuk menentang Raja Mahadi dan perang saudara meletus di Selangor. Pada Oktober 1868, Tengku Kudin tiba di Selangor membawa 500 orang askar dari kedah. Separuh dari askar-askar itu dihantar ke daerah Kuala Langat dan sebahagian lagi digerakkan ke Kelang. Tengku Kudin tidak terus menyerang , sebaliknya secara perlahan-lahan menyekat kemasukan barang-barang terutamnya barangan makanan ke Klang.Tengku Kudin melakukan sedemikian supaya kelang menghadapi masalah kekurangan makanan yang akan menyebabkan pentadbiran Raja Mahadi di kelang akan lemah. Di samping itu, Tengku Kudin juga menyekat perdagangan bijih timah antara Klang dengan kawasan darat di Selangor. Tujuan Tengku Kudin melakukan sedemikian supaya sumber perlombongan cina di Kelang akan berada dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan menyebabkan pelombong-pelombong cina akan menyokong kepada Tengku Kudin.
Perang Saudara ini bertambah-tambah buruk disebabkan dalam masa yang sama tercetus kekacauan antara pelombong-pelombong cina di Kuala Lumpur. Pada Ogos 1868, Ah sze iaitu sahabat baik Yap Ah Loy telah mati dibunuh oleh Chong Chong iaitu bekas ketua cina di Lukut dan melarikan diri ke Rawang. Pada Tahun 1869 Yap Ah Loy yang sebelum ini telah menjalinkan hubungan dengan Raja Mahadi telah berpaling tadah dan menyokong Tengku Kudin. Tujuannya adalah untuk mendapatkan sumber ekonomi bijih timah di klang. Perang Saudara ini, telah merebak ke daerah-daearah lain sekitar Kelang yang kemudiannya melibatkan pelombong-pelombong cina. Puak Hai san di Kuala Lumpur yang diketuai oleh Yap Ah Loy telah memberi sokongan kepada Tengku Kudin, manakala puak Ghee Hin di Kanching bersatu dengan Raja Mahadi. Pada 4 Julai 1871, sebuah kapal perang british “Rinaldo” telah menggempur Kuala Selangor dengan alasan hendak memburu lanun-lanun cina. Akibatnya angkatan perang british telah diserang dengan hebat oleh hulubalang-hulubalang Raja Mahadi.
Pada akhir Julai 1871, J.W.W Birch iaitu setiausaha jajahan negeri-negeri Selat membawa pasukan tentera untuk mempengaruhi Sultan Abdul Samad di Jugra. Malangnya hal ini telah ditolak oleh Sultan Abdul Samad. Menimbangkan kedudukan Sultan Abdul Samad yang kian lemah, maka telah mempersetujui untuk melantik Tengku Kudin sebagai “Wakil Yam Tuan” Selangor serta bersetuju majlis Diraja yang akan mentadbir seluruh negeri. Dengan bantuan pembesar-pembesar Melayu, Raja Mahadi menawan Kota Kuala Selangor, Kota Klang dan kawasan strategik sepanjang Sungai Klang tetapi kerajaan Inggeris merampas segala kelengkapan Raja Mahadi di Bengkalis. Pada tahun 1872, Tengku Kudin bersama askar-askar yang diketuai oleh Van Hagen dan Cavaliero menyerang kubu Raja Asal, pihak Raja Mahadi di Petaling Batu tetapi mengalami kekalahan teruk. Dalam perjalanan Van Hagen, Cavaliero dan askarnya ke Klang, mereka diserang Raja Mahdi dan Cavaliero terbunuh. Van Hagen pula disembelih di Khalayak ramai. Kedua-dua kepala mayat Van Hagen dan Cavaliero diarak beramai-ramai di Kuala Lumpur, kemudian dipakukan di pintu gerbang Raja Mahdi. November 1973 Pahang telah menghantar askarnya Ke Kuala Selangor yang merupakan kubu terakhir Raja Mahadi di Selangor. Sementara itu, Yap Ah Loy telah mengumpulkan orang-orangnya telah bergabung dengan Tengku Kudin telah menyerang Raja Mahadi yang mula bertapak di Kuala Lumpur. Akhirnya Kuala Lumpur telah ditawan kembali oleh angkatan gabungan Tengku Kudin- Yap Ah Loy. Perang saudara di Selangor telah melumpuhkan sama sekali kegiatan-kegiatan ekonomi dan perdagangan di negeri itu. Dengan penawanan kembali Kuala Lumpur oleh angkatan gabungan Tengku Kudin dan Yap Ah Loy maka berakhirnya. perang saudara di Selangor yang memakan masa lapan tahun.

RUJUKAN

Buyong Adil. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. hlm 64.

Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia. Macmillan Asian Histories series.1982. hlm 147.

DISIPLIN ANTROPOLOGI

Antropologi ialah ilmu yang mengkaji semua aspek kehidupan manusia termasuklah dari segi budaya, linguistik dan biologi. Antropologi juga merupakan satu disiplin ilmu yang amat berkait rapat dengan arkeologi. Ilmu ini berkait dengan kesucian dan perbandingan mengenai manusia yang merentasi masa dan ruang. Jumpaan arkeologi yang dikaji melalui disiplin antropologi ini menginterpritasikan jumpaan seperti bekas tembikar yang bercorak dan gelang-gelang manik kepada keadaan masyarakat pada waktu itu. Antropologi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu biologikal antropologi, antropologi budaya dan antropologi bahasa. Biologikal antropologi atau dikenali juga sebagai fizikal antropologi adalah pengkajian yang melihat manusia sebagai organisma biologi. Contohnya yang berkenaan dengan evolusi manusia iaitu perkembangan manusia Homo Sapiens. Bagi merungkaikan persoalan ini mereka perlu menyusun rajah pokok keluarga manusia yang telah lepas, bekerja dengan bukti fosil secara meluas dan pemerhatian terhadap kehidupan mamalia yang paling tinggi termasuk manusia, kera dan monyet. Antropologi budaya pula ialah sub bidang dalam antropologi yang menekankan aspek-aspek teknologi, sosial dan agama. Bidang ini menghuraikan dan menganalisis budaya kumpulan masyarakat hari ini dan kaitannya dengan manusia lepas. Pengkajian kumpulan khas pada masa tertentu di kenali sebagai ethnography dan maklumatnya di kenali sebagai data ethnographic. Perbandingan dalam pengkajian budaya pula adalah untuk melihat sama ada budaya tersebut mempunyai persamaan atau tidak dikenali sebagai ethnology. Para ethnography perlu melakukan ethnology untuk membolehkan kita mempelajari budaya secara umum . Antropologi bahasa pula bertindak untuk mentafsir penggunaan bahasa dengan lebih mendalam dari segi bunyi, hubungan antara bahasa dan sistem bahasa yang mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Selain itu, bidang ini turut digunakan untuk menghubungkan carta sejarah dan kesan migrasi kuno.

RUJUKAN
Frank Hole & Robert F. Heizer, op.cit., hlm. 51.

David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Acheology 4Th Edition. Thomsom Wadsworth, hlm ,26.

Marx Q. Sutton & Robert m. Yohe II. 2003. Archaelogy: The Science of The Human Past. Boston: Allyn and Bacon, hlm 6.

David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Archeology 4Th Edition. Thomson Wadsworth,hlm, 27.

MULTIDISIPLIN DALAM ARKEOLOGI

Arkeologi adalah satu disiplin yang tidak boleh berdiri sendiri tanpa bantuan kepelbagaian ilmu- ilmu lain. Hal ini dibuktikan oleh pandangan para tokoh arkeologi iaitu J.de.Leaf yang menyatakan bahawa arkeologi sebagai disiplin sains dan cabang kepada sejarah. Ini membawa maksud bahawa terdapat disiplin ilmu lain dalam arkeologi atau lebih dikenali sebagai sifat arkeologi itu sendiri yang multi- disiplin. Multi-disiplin dalam arkeologi meliputi disiplin prasejarah, sejarah, antropologi, sains, arkeologi maritim dan agama. Kepakaran dalam kepelbagaian disiplin ini amat diperlukan bagi mendapatkan hasil yang memuaskan dalam setiap eskavasi yang dilakukan oleh para arkeologis.

Pengaruh British Di Kelantan

Keadaan politik yang tegang di Kelantan akibat daripada perebutan tahta, telah menyebabkan Kelantan terpaksa meminta bantuan dari siam. Hal ini telah membuka jalan kepada kerajaan Siam yang telah pun memikirkan bahawa pentingnya untuk mengenakan kawalan ketat keatas Kelantan. Dibawah pengawasan secara langsung ini, usaha-usaha telah dijalankan untuk menyusun semula kewangan dan mengukuhkan kuasa pusat keatas pentadbiran kampung seperti mencegah kekacauan dan mengadakan pembaharuan dalam kerajaan kelantan. Hal ini adalah bertujuan untuk menyekat kemungkinan campur tangan inggeris.
Walaubagaimanapun, sultan Kelantan sendiri telahpun mempengaruhi corak pentadbiran British yang menyebabkan baginda telah mengaplikasikan corak pentadbiran ke dalam negeri Kelantan. Sultan Kelantan dikatakan mudah menerima pembaharuan pentadbiran, berikutan dengan lawatan baginda ke negeri Johor dan singapura pada tahun 1896 menyababkan baginda telah mendirikan sebuah pejabat tanah di kota bharu ,ianya telah meniru corak pentadbiran British di Singapura. Selain itu, setelah mempengaruhi corak pentadbiran British, baginda juga telah menubuhkan jabatan kerjaraya, pasukan polis dan permulaan penggunaan perkhidmatan telefon.
Manakala dari segi ekonomi, seperti negeri Johor, Kelantan juga telah mempengaruhi ekonomi British. Contohnya pada abad ke-19 Kelantan juga telah menerima buruh-buruh cina bagi kegiatan perlombangan dan pertanian.Namun pertanian lada hitam dan gambir tidak berkembang sepertimana negeri di pantai barat. Selain itu, kegiatan perdangangan di kelantan sememang wujud, tetapi tidaklah begitu besar.Kegiatan perdangan ini juga mempunyai perhubungan dengan British, hal ini kerana pedangang-pedangang yang berdagang di Kalantan merupakan padagang daripada negeri-negeri selat.

Pengaruh British Di Johor

Pada abad ke-19 masih British tidak dapat menepatkan penasihatnya di Johor, tetapi pengaruh British tetap masuk ke Johor melalui dasar-dasar pembaratan yang dijalankan oleh Daeng Ibrahim dan sultan abu Bakar. Setelah mempengaruhi corak pentadbiran yang dijalankan oleh British di negeri-negeri selat, pemerintah Johor pada masa tersebut telah meniru beberapa corak pentadbiran British tersebut.Antara perubahan yang dilakukan di Johor ialah mengubah corak pentadbiran baru, ini adalah bertujuan bagi melancarkan pentadbiran,hal ini menyebabkan terbentuknya jabatan kerajaan yang terdiri daripada perbendaharaan, polis, penjara, mahkamah, ukur, laut, perubatan dan kereta api, serta telah memperkenalkan undang-undang baru di Johor yang dipengaruhi dari British. Pada masa yang sama, terdapat juga pegawai-pegawai tinggi yang dilantik adalah dikalanagan orang British. Malah dalam kemajuan pendidikan, banyak sekolah-sekolah inggeris telah didirikan di Johor. Ekoran ini, tulisan jawi telah di tukar kepada tulisan rumi.
Dari segi ekonomi juga, negeri Johor sangat berpengaruh dengan sistem ekonomi British.Pada zaman pemerintahan daeng Ibrahim, baginda telah giat memajukan kegiatan pertanian terutamanya penanaman lada hitam dan gambir. Hal ini menyebabkan ramai buruh cina dari tanah jajahan British telah dibawa masuk ke Johor bagi memenuhi tenaga buruh.Atas nasihat W.W Ker, sistem kangcu telah diperkanalkan bagi mengawal kaum cina. Kangcu bermaksud tuan sungai yang berkuasa keatas sungai dan kedua-dua tebing sungai tersebut. Kangcu telah diberi kuasa terhadap kawasan masing-masing, dan kungcu juga akan membayar sewa serta pajakan kepada sultan. Kebanyakkan pemodal yang mengusahakan kegiatan ini adalah pemodal dari negeri-negeri selat. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa ekonomi di Johor telah dipengaruhi oleh British secara tidak langsung.

Pengaruh British Di Kedah

Walaupun pada abad ke-19 British tidak menguasai kedah secara rasmi, namun system pemerihtahan british yang dilaksanakan di negeri-negeri selat telah mempengaruhi system pentadbiran di Kedah. Ini kerana kedah sudah semakin terlibat dengan British. Kedah telah mengaplikasikan beberapa corak pentadbiran British yang ditiru dari negeri-negeri selat. Hal ini dapat dilihat apabila sultan Kedah iaitu sultan Abdul Hamid telah berusaha dengan giat untuk menyerapkan beberapa aspek pentadbiran Barat, pada tahun 1885 baginda telah melawat negeri Perak dan Singapura untuk meninjau sistem pentadbiran di sana. Ekoran itu, baginda telah memperkanalkan system bergaji pegawai kanan, malah pada masa yang sama baginda juga telah menubuhkan pasukan polis bagi mengawal keselamatan dan keamanan negeri. Selain itu, baginda juga telah mengadakan undang-undang mengawal tahan perlombongan bijih timah, serta sistem kewangan berpusat.
Dari segi ekonomi, Kedah juga bertalian dengan negeri-negeri selat, ini kerana ekonomi Pulau Pinang dan Kedah saling berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya pajak cukai kedah telah di kendalikan oleh saudagar Hokkien di Pulau Pinang, dan pada tahun1887 firma ini telah mengambil pajakan utama candu dan arak di Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu, bagi memajukan kegiatan pertanian di Kedah, sultan Kedah telah membuat pinjaman dari Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan terusan air, antaranya yang terpenting ialah pembinaan terusan yang menyambungkan Alor Setar dan lembah gunung yang membolehkan pembukaan kawasan penanaman padi yang baru. Hasil tanaman padi akan akan dijual ke pulau pinang bagi tujuan pemasaran ke pasaran luar.

Penguasaan British Di Pahang

Campur tangan British secara rasmi di Pahang bermula pada 8 oktober 1887 apabila bendahara Wan Hhmad yang menjadi sultan Pahang menandatangani perjanjian dengan British yang mempersetujui dengan peletakan pegawai inggeris di Pahang. Dengan perjanjian ini,Hugh Clifford telah dilantik sebagai wakil British di Pahang, tetapi beliau tidak mempunyai kuasa untuk mentedbir dan membantu memajukan Pahang.Namun British masih berusaha untuk meletakkan seorang residen di Pahang, pada tahun 1888, akhirnya british telah berjaya meletakkan residennya di Pahang, tetapi Wan Ahmad meminta agar British mengegalkan hak dan kuasa tradisional serta adat agama islam tidak boleh dicampuri oleh residen.Persetujuan ini telah menyebabkan residen Pahang yang pertama telah dilantik iaitu J.P.Rodger.
Bagi menjamin keselamatan dan keamanan di Pahang, J.P.Rodger telah menubuh satu pasukan polis yang terdiri daripada 50 polis sikh dan 150 polis melayu, serta melantik Hugh Clifford sebagai penguasa di hulu Pahang. Selain itu British telah mengatur semula cara pemtadbiran di Pahang, terutamanya dalam sistem pungutan cukai. Hak mengutip cukai telah diambil alih oleh British, malah pembesar daerah yang selama ini menjalankan tugas tersebut telah diberi pencen. Dalam memperkenalakan corak pentadbiran barat, negeri Pahang telah dibahagikan kepada daerah-daerah yang mana setiap daerah akan diketuai oleh majistret dan terdapat seorang pegawai British yang menjalankan tugas memungut cukai. Selain itu, british juga telah mengambil langkah menubuhkan majlis mesyuarat negeri pada tahun 1889 yang diketuai oleh sultan. Majlis ini banyak meluluskan undang-undang yang menimbulkan tentengan sultan dan pembesar.

PERANAN SELAT MELAKA

Faktor utama yang menjadikan melaka sebagai pusat perdagangan di rantau
Melayu ialah kedudukan Melaka yang srategik iaitu dikawasan perairan Selat Melaka yang mana merupakan laluan utama pedagang dari Timur ke Barat dan sebaliknya.Selat Melaka juga merupakan kawasan yang terlindung daripada tiupan angina monsoon.Hal ini menyababkan para pedagang akan singgah ke Melaka untuk berlindung daripada tiupan angin monsoon.Disamping itu mereka boleh menjalankan aktiviti perdagangan di Melaka kerana Melaka mempunyai kuasa beli yang tinggi.Perdagangan di Melaka juga
berkembang ekoran daripada beberapa foktor lain yang disediakan oleh pemerintah untuk memudahkan para pedagangan.Contonnya perkhidmatan membaiki kapal,rumah
tumpangan,stor barangan dagangan dan sebagainya.kebijaksanaan pemarintah telah
menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di Nusantara.Contohnya pemerimtah
Melaka berjaya menjaga keamanan dan keselamatan para padagang di Melaka dengan
menubuhkan sistem pentadbiran di pelabuhan bagi melancarkan aktiviti perdagangan di
pelabuhan.ini sekaligus dapat menarik minat para pedagang dari luar untuk berdagang di melaka.Malah pada masa yang sama Melaka juga telah bertindak sebagai pelabuhan
interport yang mana berfungsi sebagai pusat pertukaran barangan daganagan antara para padagang.Denagan adanya pelabuhan interport,melaka telah dikenali di seratapelosok.Hal ini,sekaligus telah menjadikan melaka terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-15 masihi dan abad ke-16 masihi.

BIBLIOGRAFI
W.G Shellabear.1989.Sejarah Melayu.Selangor.Fajar Bakti Sdn.Bhd
Mohd Jamil Bin Mukmin,Melaka Pusat Penyabaran Islam Dinusantara,Nurin Enterprise,Kuala Lumpur,1994.

Abdul Rahman Haji Abdullah,Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,Terbitan Pena Sdn.Bhd,Kuala Lumpur.1989.

PENSEJARAHAN ZAMAN FEUDAL DI MALAYSIA

Feudalisme ialah satu istilah yang dipinjam dari sejarah eropah.Istilah feudalisme sangat digemari pada kurun ke-10 selapas berlakunya revolusi perancis.Terdapat banyak takrif tentang maksud feudalisme,tetapi secara kasarnya terdapat dua maksud umum yang merangkumi segala ciri persamaan dan perbezaan. Takrif pertama menekankan bahawa feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan social yang mempunyai kelas atau susun lapis tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki.Manakala mengikut takrif umum yang kedua, feudalisme membawa maksud satu system hubungan bertimbal balas yang yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas. Di Malaysia zaman feudalisme dapat dilihat pada zaman perintahan raja atau sultan iaitu zaman sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu khususnya kuasa british.
Perkembangan pensejarahan Malaysia pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan iaitu melalui puisi,sajak,gurindam,syair,hikayat dan penulisan tentang urusan pentadbiran seperti undang-undang,perkembangan politik dan peranan para pemerintah.Perkembangan pensejarahan pada peringkat awal kebanyakkannya adalah ditulis berdasarkan cerita rakyat.Cerita rakyat merupakan salah satu cabang kesusasteraan melayu lama yang paling tua.Cerita rakyat disampaikan melalui peraturan(lisan)serta lahir dalam masyarakat melayu yang bercorak tradisinal yang masih tidak mengenal huruf serta tinggal di kawasan pedalaman.menurut Professor Mohd Taib Osman, sastera rakyat atau cerita rakyat mempunyai berbagai-bagai jenis,antaranya ialah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur seperti mitos, legenda,lipur lara, ungapan, nyanyian rakyat dan teka-teki. Cerita rakyat yang di tulis semula boleh digunakan sebagai sumber sejarah masyarakat bawahan tetapi ia harus diberi kepercayaan yang terhad dengan batasan tertentu.
Penulisan sejarah pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan yang mengandungi unsur mitos.Menurut Bascom.mitos sejenis prasa naratif yang bercorak tradisional yang dianggap oleh masyarakat bahawa ceritanya melalui pertuturan yang dianggap benar-benar berlaku pada masa lampau.Mitos diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut dengan penuh keprcayaan dan keyakinan,malah hal ini diajarkan supaya
masyarakat mempercayainya tanpa mempersoalkan kebenarannya.Mitos dianggap suatu cerita yang suci dan lahir daripada kepercayaan agama yang mengisahkan tentang dewa.

BIBLIOGRAFI
Abu talib ahmad dan cheah boon kheng, isu-isu pensejarahan,pulau pinang, universiti sains Malaysia, 1995.

Arba`Yah Mohd Noor, Ilmu Sejarah Dan Pensejarahan, Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2002.

Badriyah Haji Salleh Dan Liok Ee,Alam Pensejarahan Dan Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975.

Dr.Ismail Hamid, Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Kuala Lumpur,Perpustakaan Universiti Malaya, 2001.

Mohd Taib Osman, Tradisi Lisan Di Malaysia, Kuala Lumpur,KBBS,1975.

KEPENTINGAN SEJARAH KEPADA MANUSIA

Sejarah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia pada masa sekarang mahupun pada masa hadapan walaupun sesetengah masyarakat awam berpendapat sejarah itu hanyalah rangkaian kisah lalu dan tidak perlu diungkit lagi. Malah menurut mereka iaitu masyarakat awam yang tidak mempunyai kefahaman mengenai disiplin ilmu sejarah ini, belajar sejarah itu bukannya kewajipan dan tidak mempelajarinya bukanlah satu kesalahan. Pandangan ini sememangnya tidak benar bagi golongan intelek sejarah kerana menurut mereka sejarah itu merupakan peristiwa masa lalu yang kita harus terima ia mempunyai kegunaan, malah nilaian tertentu, dalam kehidupan manusia. Sedikit sebanyak kita dapat melihat bahawa sejarah itu suatu proses yang bersambungan; kita dapat merasakan bahawa sesuatu peristiwa yang kita hadapi pada hari ini merupakan sebahagian daripada peristiwa semalam dan kemungkinan besar pula akan menunjang menjadi sebahagian daripada peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat terutamanya masyarakat intelek yang beria-ia untuk mendalami kepelbagaian disiplin ilmu pengetahuan seterusnya merakamkannya sama ada dalam bentuk bercetak, audio mahupun visual. Rakaman atau pendokumentasian ini akan disebarluaskan ke segenap lapisan masyarakat. Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui akan diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri. Hal ini dapat kita ketahui melalui sejarah. Menurut pendefinisian sejarah oleh Carr, menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi berikutnya dan dengan itu berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan pendidikan secara terus-menerus. Sejarah penting dalam meningkatkan pengetahuan ini dapat kita sorotkan dalam Tuhfat Al-Nafis yang menerangkan perihal kesultanan Melayu Johor-Riau dan Bugis. Tulisan ini menceritakan asal-usul, peperangan, pemerintahan dan segala macam mengenai kesultanan Melayu Johor-Riau dan Bugis. Jadi melalui pembacaan dan pengkajian yang lebih mendalam tentang tulisan ini iaitu Tuhfat Al-Nafis, pembaca dan pengkaji akan sekaligus dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kesultanan Melayu Johor-Riau dan Bugis. Tuhfat Al-Nafis hanya merupakan salah satu contoh dalam memperkenalkan kepentingan sejarah sebagai pemangkin dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

Bibliografi
Baker Jim, 1999, Crossroads:A Popular History Malaysia Singapore, Kuala Lumpur:
Times Books International.

Barbara Watson Andaya & Leornard Y. Andaya,1983, Sejarah Malaysia, Petaling
Jaya:Macmillan Publisher Sdn. Bhd.

KEOBJEKTIFAN TUHFAH AL NAFIS


Pada pendapat saya, setelah membaca dan mengkaji isi kandungan Tuhfat Al Nafis, saya mendapati pengarangnya, Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji kurang objektif dalam penulisan Tuhfat Al Nafis. Hal ini kerana setelah meneliti kandungan Tuhfat Al Nafis, terdapat beberapa bukti dan beberapa aspek yang menunjukkan pengarang kurang objektif dalam penulisannya.
Pengarang Tuhfat Al Nafis bersifat kurang objektif dalam penulisannya kerana penulis mempunyai sentiment pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis atau lebih dianggap sebagai Bugis-centric . Hal ini dapat dilihat apabila pengarang bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang sebenarnya mempunyai hubungkait keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu Daeng Cellak . Selain itu, pengarang juga memberi anggapan yang negatif terhadap kaum Melayu. Syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah melayu hal yang demikian itu, maka terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya . Pengarang sebenarnya ingin mempengaruhi pembaca dengan memasukkan elemen-elemen yang positif tentang Bugis dan menyebelahi Bugis. Kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan keran pengarang lebih condong terhadap kaumny sendiri.
Selain itu, pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafisiaitu penulis cuba menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis. Ini dapat dilihat apabila pengarang cuba mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahawan Bugis. Kecondongan Raja Ali terhadap semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tantang kehandalan pahlawan-pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang beberapa jawatan tinggi dalam tampuk pemerintahan kerajaan Melayu Johor pada ketika itu . Dalam penulisan Tuhfat Al Nafis, pengarang cuba menyatakan bahawa setiap kali campur tangan 5 Bersaudara Opu Bugis berjaya menyelesaikan masalah perebuhatan takhta antara dua pihak yang bersengketa. Selain itu juga, pengarang juga mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah negeri di samping menceritakan mereka adalah pahlawan yang gagah, berani dan tidak gentar menghadapi musuh . Contohnya, pengarang ada menceritakan Lima Opu Besaudara membantu Sultan Muhammad Zainuddin untuk mendapatkan takhta pemerintahan Kerajaan Matan yang Sebelum ini dikuasai oleh Pangeran Agung .
Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis. ini dapat dilihat apabila pengarang cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja Kecil. Maka tatkala baginda itu hampir mangkat, maka Encik Pong itu pun makan mani baginda itu konon., waktu baginda itu datang berahikan isterinya peri, maka terpancarlah mani baginda itu. Lalu disuruhnya makan kepada Encik Pong. Maka jadilah bunting Encik Pong . Pengarang bersikap prejudis terhadap Raja Kecil dengan mempersoalkan cara kelahiran Raja Kecil. Hal ini adalah kurang objektif kerana cara kehamilan Encik Pong adalah sangat aneh dan tidak logik serta tidak dapat diterima akal fikiran. Selain itu juga, pengarang cuba menghina cara Encik Pong mengandungkannya Di sini dapat dilihat bahawa pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menimbulkan konflik kepada pembaca mengenai Raja Kecil bukan merupakan anak gahara iaitu anak kepada Sultan Mahmud Syah.
Di samping itu juga, kredibiliti pengarang juga turut di pertikaikan kebenarannya dan dapat dilihat secara langsung kurang objektif apabila memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Pengarang cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri Balkis. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon . Perkataan ‘konon’ yang digunakan oleh pengarang telah menimbulkan keraguan. Pengarang seolah-olah menggambarkan cerita yang disamapaikan adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai oleh pengarang sendiri. Pengarang juga keliru dengan penjelasan tersebut. Pada hakikatnya Puteri Balkis tinggal di Saba yang merupakan sebuah kerajaan. Selain itu juga, Puteri Balkis merupkan isteri kepada Nabi Sulaiman. Hal ini adalah mitos semata-mata kerana pengarang ingin memberikan keabsahan tentang kedatangan Bugis di Johor-Riau. Karya Melayu yang menggambarkan asal usul Bugis dapat dilihat dalam Tuhfat Al Nafis dan salasilah Melayu dan Bugis. Kedua karya ini mengisahakan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan mitos bahawa orang Bugis di Tanah Melayu adalah keturunan Nabi Sulaiman yang menikah dengan Puteri Balkis. Perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti Mallangik, yang berkuasa di Palangi(ada yang mengatakan Selangi). Wanita itu kemudian menikah dengan Raja Bugis yang Berkuasa di Luwuq .
Walaubagaimanapun, kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan dan secara langsung pengarang dilihat kurang objektif . Menurut Collingwood, ahli sejarah mesti membentuk semula fikirannya apa yang telah berlaku dalam fikiran watak-watak yang hal mengenai mereka ditulisnya . Pengarang memasukkan unsure-unsur mitos untuk mengagung-agungkan kaum Bugis. Pengarang juga tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut.
Selain itu, pengarang Tuhfat Al Nafis juga kurang objektif berdasarkan cara kematian Raja Kecil. Ini kerana cara kematian Raja Kecil serta keadaan Raja Kecil yang hilang akal akibat daripada terkena tulah’besi kawi’. Pengarang menceritakan bahawa kedaulatan kerajaan Raja Kecil yang yang merosot akibat apabila tercetusnya pergaduhan antara putera-putera Raja Kecil untuk merebut takhta kerajaan Siak sejak sebelum kemngkatan baginda lagi. Selain itu juga, pengarang juga menyatakan Raja Kecil menjadi telah menjadi gila serta memungkiri perjanjian dengan Sultan Sulaiman. Ini adalah bercanggah dengan Hikayat Siak yang menyatakan sebaliknya tentang kematian Raja Kecil. Menurut Hikayat Siak, Raja Kecil menjadi gila disebabkan oleh beliau terlalu sedih dengan kematian isterinya yang tercinta. Sementara itu, menurut Syair Perang Siak ada menyatakan Raja Kecil gila bukan disebabkan oleh kematian isterinya atau melanggar janji dengan Sultan Sulaiman . Sebaliknya Raja Kecil menjadi bingung dan menghadapi tekanan akibat daripad persengketaan kedua-dua puteranya yang merebut takhta kerajaan Siak. Syahadan di dalam hal itu antara anak-anak itu selalu berbantah beratas-atasan. Maka kata Raja Alam, ‘Aku yang tua, aku yang patut menjadi raja’, dan Tengku Mahmud, ‘Aku yang terlebih dahulu patut menjadi raja kerana aku anak gahara. Maka di dalam hal itu mungkin sehari, mungkin bertambah kharabatan . Ini dapat dinyatakan bahawa pengarang kurang objektif tentang cara kematian Raja Kecil. Selain itu juga, pengarang juga telah menimbulkan keraguan serta persoalan yang sebenarnya tidak tepat dan bercanggah. Dalam hal ini, fakta yang ditulis oleh pengarang tidak semestinya tepat kerana tiada bukti yang boleh dipastikan daripada peristiwa tersebut yang boleh dipercayai.
Pengarang Tuhfat Al Nafis dilihat jurang objektif apabila pengarang menyatakan bahawa lima Bersaudar Opu Bugis berhijrah ke Johor-Riau dan Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta. Antara lima Bersaudara Opu Bugis ialah Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Bagaimana pun, kedatangan lima Opu Bersaudara itu bertujuan untuk mencari harta kekayaan, kedudukan nama dan pengaruh yang kuat. Di sini pengarang menggunakan penulisannya adalah untuk meningkatkan imej Bugis semata-mata. Ini dapat dilihat setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan Sulaiman , Opu Daeng Cellak telah dianugerahkan dengan gelaran Yang Dipertuan Muda.ini dapat membuktikan bahawa penghijrahan mereka adalah untuk mencari harta, peluang dan kedudukan nama dan juga mempunyai sokongan pengaruh. Hal ini adalah bertentangan dengan penulisan Tuhfat Al Nafis. pengarang cuba menonjolkan bahawa Bugis adalah baik. Ini kerana pengarang juga berketurunan Bugis. Tujuan lima Bersaudara Opu ini datang berhijrah adalah untuk mendapatkan harta, kedudukan, nama dan jaga kekuatan semata- mata.
Selain itu, penulisan Tuhfat Al Nafis adalah kurang objektif kerana pengarang menjadikan penulisannya sebagai tempat meluahkan perasan. Ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan Tuhfat Al Nafis sebagai tempat untuk menceritakan kegiatan keluarga Siak-Minangkabau yang sudah sekian lama menjadi musuh nenek moyang mereka. Disamping itu, juga, keturunan pengarang bermusuhan dengan Raja Kecil atas perebutan Siak dengan Bugis. Selain itu juga, pengarang juga menggunakan Hikayat Siak sebagai sumber rujukan untuk penulisan Tuhfat Al Nafis. melalui penulisannya juga, pengarang cuba menaikkan imej Bugis yang dianggap sebagai pahlawan yang handal dan mempunyai pengaruh yang kuat.
Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin meruncing adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis mempunyai agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh seperti yang disangkakan. Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang sendiri berketurnuan bugis.
Pengarang juga dilihat kurang objektif apabila pengarang cuba menyatakan bahawa suku kaum Melayu ada menyimpan persaan dengki terhadap kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik dengan Sultan Sulaiman. Pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menyatakan kaum Melayu tidak baik dan tidak menyebelahi mereka secara halus melalui penulisannya. Ini dapat dibuktikan apabila pengarang menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan membuat fitnah terhadap kaum Bugis untuk menghalau mereka daripada terus tinggal di Johor Riau. Sealin itu, pengarang cuba meningkatkan imej Bugis dengan menyatakan bahawa kaum Bugis lebih mulia daripada kaum lain yang ada di Johor Riau. Di dalam tuhfat Al Nafis juga ada menceritakan tentang pemeriksaan yang dillakukan oleh Sultan Sulaiman terhadap fitnah yang dilakukan oleh kaum Melayu adalah palsu semata-mata.
Walaupun, penulisan Tuhfat al Nafis mempunyai kecondongan tetapi berdasarkan penulisan pengarang terdapat juga keobjektifan dalam Tuhfat al Nafis.Ini dapat dilihat apabila penulis menghuraikan tarikh yang tepat bagi segala peristiwa kelahiran, kemangkatan dan pertabalan. Ini adalah keobjektifan yang sebenar. Pengarang juga ada menghuraikan tentang tarikh kemangkatan Sultan Mahmud. Syahadan apabila baginda itu mangkat maka segal orang-orang besar negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk Bendahara Menjadi Raja Johor. Adalah mangkatnya pada Hijrah sanat1111 pada bulan Safar, hari Jumaat dan menggantikan kerajaanlah Bendahara Tun Habib, pada delapan haribulan Rabiul Awal, hari Khamis, waktu loha dan Raja Sulaiman pun lahir ke dunia pun waktu itu . Ini jelas dapat dilihat pengarang menggunakan sumber yang benar dalam penulisannya tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Selain daripada sistem pentarikhan, penggunaan ‘aku’ dalam penulisan pengarang adalah objektif. Ini kerana pengarang berada ditempat kejadian dan pengarang mengalami sendiri kejadian tersebut. Disamping itu juga ia menunjukkan pengarang menunjukkan peristiwa itu berlaku depan mata pengarang sendiri. Ini dapat dilihat apabila pengarang sendiri menyatakan, demikianlah khabar dari orang tua entahkah apa ertinya aku pun tak tahu. Wallahua’lam mana-mana aku lihat dan aku dengar dan aku lihat dalam sejarah itulah yang aku suratkan. Begitulah yang digambarkan oleh penulis tantang kejadian yang berlaku ketika pengarang berada di tempat kejadian.

BIIBLIOGRAFI


Anhar Gonggong, 2003. Menelusi Jejak Warisan Sastra Dunia; La Galigo dan Kejayaan Bugis di Tanah Melayu (Riau), Indonesia, Pusat Studi La Galigo
Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Ampang/hulu Kelang, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Eh. Carr, terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail, 1984. Apakah Sejarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusof Mohd Noor, 1997. Salasilah Melayu dan Bugis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(ed) 1997, Tuhfat Al Nafis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kritikan Sumber Sejarah

DOWNLOAD DI SINI
http://www.ziddu.com/download/4050131/kritikansumber.pdf.html

SIKAP TERBUKA RAJA MELAKA

DOWNLOAD DI SINI

http://www.ziddu.com/download/4032153/aaa.rar.html


SUMBER CERITA ORANG IBAN

MASYARAKAT PERIBUMI SABAH DAN SARAWAK MEMPUNYAI BANYAKCERITA-CERITA RAKYAT YANG MENCERMINKAN NILAI-NILAI BUDAYA MEREKA. BAHASKAN SEJAUHMANAKAH CERITA-CERITA ITU DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH BUDAYA MASYARAKAT TERSEBUT. GUNAKAN CONTOH CERITA-CERITA RAKYAT SALAH SATU DARI SABAH ATAUPUN SARAWAK . JELASKAN JUGA MASALAH – MASALAH PENGGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER SEJARAH.

Pengenalan
Masyarakat peribumi Sarawak khususnya masyarakat Iban mempunyai banyak cerita-cerita yang mencerminkan nilai-nilai budaya mereka. Masyarakat ini amat kaya dengan cerita-cerita rakyat sehingga mampu menarik ramai pengkaji untuk mengkaji sejarah budaya masyarakat Iban. Walaupun cerita rakyat selalu juga disebut sebagai cerita dongeng, namun tidaklah sama kalau kita menganggapnya sebagai dongeng semata-mata, sebaliknya kita harus memandang cerita itu dari kaca mata golongan yang melahirkan cerita itu. Ini disebabkan kesusasteraan rakyat adalah cetusan daya sasteramanusia yang spontan dan pancaran fikiran yang spontan juga, selain itu bagi mereka seni sastera adalah sesuatu yang harmoni dengan kehidupan mereka. Sastera rakyat merupakan cerminan kehidupan masyarakat Iban iaitu tentang kepercayaan adat dan pandangan hidup mereka.George Leferve menggunakan istilah sejarah dari bawah bagi merujuk penulisan mengenai orang yang tiada nama, tiada kepentingan dalam politik dan kumpulan yang tiada nama. Kenyataan beliau sebenarnya merujuk kepada masyarakat Iban kerana mereka bukanlah suku bangsa yang melahirkan cerita-cerita untuk kepentingan tertentu, malahan cerita-cerita rakyat mereka boleh dijadikan sebagi sumber sejarah yang utama yakni mengenai kehidupan mereka. Masyarakat ini pada asasnya merupakan penduduk di kawasan pedalaman yang berpindah-randah, tetapi tinggal berdekatan dengan sungai yang merupakan nadi pengangkutan dan sumber perikanan yang penting. Masyarakat Iban tidak meninggalkan sumber sejarah konvesional seperti sumber bertulis,bagaimanapun mereka telah menzahirkan pemikiran dalam bentuk cerita-cerita rakyat.Oleh itu, sejarah budaya mereka dapat dikaji menerusi cerita-cerita rakyat. Malahan, cerita rakyat juga boleh dijadikan bahan untuk mengkaji budaya dan masyarakatnya.Cerita rakyat Iban Cerita rakyat Iban boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu cerita berhubung dengan penjelmaan binatang kepada manusia, hubungan manusia dengan orang mati, hubungan manusia dengan roh mahupun hantu, dan cerita-cerita lain termasuklah cerita asal-usul. Kesemua cerita ini boleh dihubungkan dengan sistem kepercayaan mahupun agama masyarakat Iban. Setiap cerita menerangkan tentang adatistiadat,kegiatan ekonomi, kepercayaan, pemikiran dan world view mereka.Perkara pertama yang harus dikaji tentang masyarakat ini adalah tentang kehidupan mereka. Mereka merupakan masyarakat yang tinggal di rumah panjang seperti yang dijelaskan dalam cerita Meludai iaitu rumah yang diketuai oleh Meludai itu mempunyai lima puluh pintu ataupun lima puluh keluarga yang tinggal di rumah itu.Cerita ini menjadi bukti terpenting tentang kehidupan masyarakat ini yang tinggal di rumah panjang, khususnya tentang bilangan isi rumah. Rumah panjang boleh disamakan dengan konsep kampung kerana mempunyai bilangan isi rumah yang ramai. Malahan kehidupan mereka amat bergantung kepada sumber alam semulajadi yakni hutan. Perkara ini di sebut dalam cerita Meludai yakni apabila Meludai bercadang hendak pergi berburu supaya ada daging untuk dijadikan sebagai bekalan semasa mereka sedang menuai padi nanti. Perkara ini mengambarkan bahawa hutan merupakan suatu sumber terpenting bagi masyarakat ini khususnya sumber protein. Hutan merupakan nadi kepada kehidupan masyarakat ini kerana hutan membekalkan sumber makanan kepada masyarakat ini. Selain itu, dalam masyarakat ini terdapat organisasi sosial, ketua masyarakat ini adalah tuai rumah. Tuai rumah bertanggungjawab terhadap pentadbiran undang-undang, sosial dan adat sesebuah rumah panjang. Tuai rumah ini bertanggungjawab keatas pelawat, ini dibuktikan dalam cerita Meludai apabila Meludai berkeras juga hendak berhuma kerana beliau bertanggungjawab untuk melayan tetamu khususnya yang berkaitan dengan makanan. Tuai rumah orang yang paling penting dalam rumah panjang yakni berkuasa dalam rumah panjang. Misalannya, dalam cerita ini, Meludai bersama dengan anak-anak buahnya telah pergi mengayau12 untuk membalas dendam atas kematian isteri dan anak-anaknya.Ini menunjukkan bahawa tuai rumah merupakan individu yang terpenting dalam hieraki sosial masyarakat Iban dan tanggungjawabnya adalah untuk menjaga keselamatan kaumnya. Tuai rumah boleh disamakan dengan jawatan penghulu dalam masyarakat Melayu tradisional kerana fungsi mereka hampir sama terutama sekali dalam konteks pentadbiran yakni menjaga kebajikan anak buah.Masyarakat Iban amat mempercayai alamat-alamat mahupun petanda-petanda tertentu daripada binatang. Menurut Benedict Sandin, orang Iban sangat yakin dengan tilikan yang dikatakan sebagai tanda daripada tuhan mereka.Peranan ini didokong oleh tuai burung yang akan melakukan upacara beburung. Misalnya dalam cerita Meludai, peranan seorang tua yang bernama Aki Angum Gua dalam mentafsir alamat-alamat daripada binatang amat penting kerana tafsirannya bakal menentukan masa depan Meludai.Masyarakat Iban amat mempercayai setiap tafsiran alamat yang dibuat oleh tuai burung kerana tafsiran itu bakal mempengaruhi kehidupan mereka pada masa hadapan. Jikalau mereka ingkar dengan tafsiran tersebut, mereka akan menerima nasib seperti Meludai apabila meninggalkan keluarganya di rumah telah menyebabkan kematian isteri dan dua orang anaknya. Kepercayaan mereka terhadap alamat atau petanda daripada burung dan binatang tertentu amat penting khususnya semasa membuka ladang atau berhuma. Ini disebabkan kehidupan mereka dikelilingi oleh binatang buas mahupun musuh, oleh sebab ingin mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, mereka perlu patuh kepada tafsiran tuai burung. Kehidupan masyarakat ini amat bergantung kepada pertanian khususnya penanaman padi huma. Padi huma merupakan sumber penghidupan bagi mereka, perkara ini dibuktikan melalui cerita Bandan Berpindah ke Sebayan. Bandan terpaksa pergi ‘madi’ apabila mereka tidak mendapat padi yang cukup untuk dimakan selama setahun. Selain itu, kepentingan padi huma turut dipaparkan dalam cerita Puteri Rusa iaitu padi huma yang ditanam telah dimakan oleh rusa. Apabila padi huma dimakan oleh rusa, maka hasil untuk tahun itu berkurangan, seterusnya menyebabkan mereka kekurangan padi pada tahun itu. Penanaman padi huma merupakan nadi penggerak kepada kehidupan masyarakat ini, penanaman padi huma sebenarnya mempunyai kaitan dengan kehidupan mereka yang sering berpindah-randah. Ini disebabkan oleh penanaman padi huma dilakukan secara berulang kali di tempat yang sama telah menyebabkan kesuburan tanah tersebut merosot sehingga memaksa masyarakat ini berpindah mencari kawasan baru yang lebih subur. Perkara ini menjelaskan tentang sebab utama masyarakat ini mengamalkan pertanian pindah. Seterusnya adalah tentang sistem kepercayaan masyarakat Iban. Mereka mengamalkan amalan animisme dan setiap kepercayaan mereka dipengaruhi oleh alam semulajadi. Mereka mendiami kawasan hutan rimba yang keadaan keselamatannya tidak menentu, memang wajarlah jika terdapat kepercayaan yang boleh memberikan suasana harmonis dengan alam dan roh. Keadaan persekitaran seperti inilah yang telah membentuk kepercayaan masyarakat Iban, kebanyakan dewa mereka dikaitkan dengan kehidupan seharian terutama sekali kegiatan harian mereka. Misalnya, kepercayaan mereka kepada Pulang Gana. Mereka akan melakukan upacara pemujaan yang ditujukan kepada roh kesuburan, jika upacara ini tidak dilakukan maka padi tidak akan menjadi dan masyarakat ini akan kebuluran.Hari Gawai merupakan upacara adat bagi tujuan ini. Ini menjelaskan tentang kepentingan upacara ini khususnya dalam meneruskan survival masyarakat ini, pemujaan ini dilakukan demi kepentingan lahiriah yakni memperolehi makanan. Kepercayaan ini bukanlah suatu bentuk keagamaan kerana bagi masyarakat Iban tidak terdapat bentuk pemujaan yang berkonsepkan rohaniah. Ini disebabkan kesemua pemujaan berbentuk lahiriah seperti pemujaan Pulang Gana semasa hari Gawai. Mereka mempercayai tentang Aki Lang Menaul Nyakai atau Singgalang Burung iaitu dewa yang paling berkuasa yang merupakan dewa perang dan asas kepada semua adat. Sebanyak tujuh jenis burung ( menantu kepada Singgalang Burung) selalu hadir dalam semua upacara budaya dan ritual pengubatan yang dijalankan oleh orang Iban. Burung ini melambangkan penghormatan masyarakat Iban terhadap alam semulajadi.Oleh sebab itu, mereka selalu mengaitkan burung dengan petanda ataupun alamat. Tuai burung yakni Aki Angum Gua dalam cerita Meludai menilik berdasarkan alamat yang dijelaskan oleh Meludai. Burung atau binatang lain boleh memberi petanda baik atau buruk kepada orang Iban. Mereka mempercayai tafsiran tuai burung kerana beranggapan
kehidupan mereka dipenuhi dengan kekaburan khususnya yang berkaitan dengan masa hadapan. Oleh itu, tafsiran ini amat penting dalam menentukan masa hadapan seseorang khususnya berkaitan dengan pertanian mahupun kehidupan mereka. Jika tafsiran itu berkaitan dengan sesuatu bencana, maka mereka akan lebih berhati-hati supaya tidak menjadi seperti Meludai yang mengingkari pesanan Aki Angum Gua.
Selain itu, corak kehidupan masyarakat ini yang sering berpindah-randah sebenarnya berkaitan dengan satu lagi kepercayaan iaitu legaran burung. Semua perlakuan burung ini seperti bunyi, cara legaran penerbangan, dan pergerakan-pergerakan lain yang dianggap membawa petanda yang mesti dihormati kerana tindakan orang di rumah panjang ditentukan oleh tanda-tanda ini.Dalam cerita Uging telah disebutkan tentang perbuatan orang Iban meninggalkan rumah panjang kerana burung telah memasuki rumah mereka.28 Perbuatan mereka meninggalkan rumah panjang telah membuktikan bahawa burung merupakan alamat yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat ini kerana mereka tidak mahu ditimpa bencana. Selain itu, kepercayaan kepada burung sebenarnya merupakan antara beberapa sebab masyarakat ini asyik berpindah-randah. Legaran burung akan ditafsir oleh tuai burung, jika legaran tersebut memberi tanda mereka perlu berpindah, maka mereka perlu berpindah. Perkara inilah yang menyebabkan berlakunya konsep pindah dalam masyarakat ini. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai terdapat kepercayaan tentang Menoa Sebayan.29 Mereka mempercayai bahawa manusia yang berada di Sebayan akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan di dunia, misalannya dalam cerita ini terdapat peristiwa lelaki sedang bertikam dan jatuh dari pokok kerana mereka mati disebabkan melakukan perkara tersebut.30 Ini menjadi bukti bahawa masyarakat ini mempercayai kehidupan selepas mati. Selain itu, mereka beranggapan kehidupan selepas mati menyerupai kehidupan di dunia. Walaupun begitu, mereka mempercayai kehidupan di Sebayan mempunyai beberapa perbezaan dengan kehidupan di dunia misalnya tidur pada waktu siang. Cerita ini merupakan pemikiran kreatif masyarakat Iban tentang konsep kehidupan selepas mati dan mencerminkan kepercayan tentang adanya kehidupan selepas mati. Selain itu, mereka mempercayai manusia yang hidup hanya dapat melihat atau bertemu dengan semangat dan roh hanya melalui mimpi. Orang Iban percaya bahawa sebelum semua upacara berhubung dengan kematian disempurnakan, semangat orang mati sentiasa berkeliaran dan kembali rumah tempat tinggalnya dahulu, sebelum kematian (bagi yang sakit kuat) semangatnya dapat dipanggil pulang dan dimasukkan kembali kedalam tubuhnya. Kepercayaan mereka kepada semangat dan alam kematian merupakan suatu interpretasi kepada kematian kerana kewujudan cerita seperti Ngumbang dan Berenai adalah untuk mengurangkan perasaan takut masyarakat Iban kepada kematian. Mereka turut mempercayai bahawa manusia itu boleh hidup kembali seperti dalam cerita Ngumbang dan Berenai yakni Berenai yang telah mati dapat dihidupkan semula dengan upacara belian.Kehidupan selepas kematian merupakan suatu perkara yang sangat penting bagi masyarakat ini kerana kewujudan cerita ini memberi gambaran kepada anggota masyarakat tentang corak kehidupan di Sebayan. Masyarakat Iban merupakan masyarakat yang kaya dengan adat. Antara adat yang boleh dikaji daripada cerita rakyat ini adalah seperti adat mengayau, adat mengayap, dan adat ngetas ulit. Adat mengayau merupakan simbol kepahlawan bagi seseorang lelaki Iban. Sasaran ‘ngayau’ adalah musuh mereka. Setiap kepala yang berjaya dipenggal akan menambahkan semangat dalam diri seseorang, semakin banyak kepala yang dipenggal semakin kuat orang tersebut. Adanya roh ini akan membawa tuah bukan sahaja kepada orang tersebut malah kepada keluarga dan kelompoknya. Adat ini telah dinyatakan dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu, mengikut ceritanya Tedung bersama kawannya iaitu Kumpang merupakan orang yang berani dan bercadang hendak mengayau ke negeri Kantu. Selain itu dalam cerita Meludai terdapat juga aktiviti mengayau. Aktiviti mengayau bukanlah suatu bentuk keganasan seperti yang diutarakan oleh keluarga Brooke, adapt ini merupakan manefetasi kepada sifat kepahlawan masyarakat Iban. Masyarakat Iban melakukan adat mengayau adalah bersandarkan kepada penghormatan yang bakal diterima kerana orang yang paling gagah adalah orang yang paling banyak memenggal kepala musuh. Kepala musuh menurut mastarakat ini merupakan semangat, jika seseorang memenggal banyak kepala maka dia mempunyai banyak semangat dalam dirinya. Selain itu, masyarakat ini mempercayai masyarakat binatang hidup seperti manusia Iban juga. Binatang itu boleh bertukar rupa menjadi manusia jika mereka berhubung dengan manusia dan dengan mudah dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan manusia. Contoh ini boleh dilihat dalam cerita Puteri Rusa yakni seekor rusa boleh menjelma menjadi seorang puteri yang jelita.Selain itu, dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Puteri Bongsu yang menyatakan kenyalang telah menjelma menjadi seorang perempuan yang cantik.Bagi mereka, jika berkahwin dengan binatang bukanlah suatu keganjilan.Kepercayaan ini bersangkutan dengan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan hutan belantera, jadi tidak mustahil jika cerita-cerita ini adalah usaha untuk mengharmonikan hubungan antara masyarakat Iban dengan alam semulajadi. Binatang seperti burung kenyalang, rusa, ikan belida, dan babi dianggap sebagai suci dan mempunyai kesaktian yakni menjelma menjadi perempuan yang cantik. Selain itu, cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat larangan membunuh atau memakan burung kenyalang.Perkara ini menjadi suatu tradisi hingga ke hari ini iaitu masyarakat Iban tidak akan memakan binatang tertentu misalnya burung kenyalang. Masyarakat Iban amat mementingkan zuriat khususnya anak lelaki. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang wira Iban berkahwin dengan binatang dan memperoleh anak lelaki. Misalnya, dalam cerita Medang Gila Mengail iaitu Medang dikurniakan seorang anak lelaki setealah mengahwini Bongsu Ikan Belida. Selain itu, dalam cerita Meludai dikisahkan tentang anak Meludai yang melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Sampar yang gagah sehingga tidak pernah tewas semasa pergi mengayau. Cerita ini telah membuktikan pemikiran masyarakat Iban amat mementingkan anak lelaki yang digambarkan sebagi pahlawan yang gagah. Oleh sebab itu, kebanyakan cerita ini terutama sekali apabila wira Iban berkahwin dengan binatang akan melahirkan anak lelaki kerana anak lelaki merupakan pewaris kepada adat ‘ngayau’. Oleh sebab itu, anak lelaki merupakan lambang kepahlawanan masyarakat Iban. Terdapat beberapa cerita yang memaparkan tentang alat perhiasan perempuan. Cerita ini menjadi sumber rujukan untuk mengetahui alat yang digunakan oleh kaum hawa. Misalnya, dalam cerita Tedung Berkahwin dengan Kenyalang Bongsu terdapat cerita tentang ‘rawai’ yakni alat perhiasan untuk wanita, biasanya diperbuat daripada perak atau rotan dan dipakai di bahagian dada hingga ke pinggang. Manakala, dalam cerita Ngumbang dan Berenai diceritakan tentang ‘lampit’ iaitu tali pinggang yang diperbuat daripada perak dan digunakan oleh kaum wanita. Budaya masyarakat Iban dapat dikaji hanya melalui cerita rakyat khususnya berkaitan dengan perhiasan wanita. Perhiasan yang dihasilkan membuktikan masyarakat ini mempunyai tahap kesenian yang boleh dibanggakan kerana mampu menghasilkan perhiasan untuk wanita terutama sekali daripada perak.

MASALAH PENGUNAAN SUMBER INI SEBAGAI SUMBER SEJARAH
Masyarakat Iban pada masa ini merupakan masyarakat yang belum mencapai tamadun yang tinggi atau masih buta huruf, sememangnya sasteranya dalam bentuk lisan. Sumber lisan merupakan sumber utama bagi sejarah dari bawah. Hal ini berbeza dengan sejarah konvesional yang bersumberkan dokumen. Sumber yang digunakan sering kali menjadi perbahasan kerana sumber lisan kemungkinannya mempunyai beberapa versi sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengkaji. Misalnya, cerita tentang binatang pergi menuba ikan mempunyai tiga versi yang berbeza yakni masyarakat Bidayuh mempunyai dua versi dan masyarakat Iban mempunyai satu versi. Keadaan seperti ini akan menimbulkan pentafsiran yang berbeza disebabkan terdapat berbagai-bagai versi mengenai sesebuah sastera rakyat. Masalah kedua iaitu sumber naratif rakyat. Kebanyakan sumber sastera rakyat adalah berbentuk sumber naratif, untuk mentafsirkan nilai-nilai budaya dalam perspektif sejarah, seorang sejarawan budaya perlu bantuan daripada disiplin ilmu yang lain.Sebenarnya, sumber naratif rakyat sukar untuk dibuktikan kebenarannya terutama faktafakta yang terkandung dalam cerita rakyat. Fakta yang ditafsirkan adalah berdasarkan sumber lisan, ini menyukarkan sejarawan budaya untuk menapis fakta yang sebenarnya. Ia tidak sama dengan pandangan Leopold Von Ranke bahawa sejarah itu harus dikaji seperti yang sebenarnya yang berlaku.Fakta-fakta sejarah sepatutnya adalah jelas dan diketahui sumbernya, selain itu sumber sejarah perlu menggunakan sumber bertulis. Perkara inilah yang telah membingungkan para sejarawan budaya kerana sastera rakyat adalah berbentuk naratif yang diceritakan secara lisan. Antara keraguan yang timbul adalah tokok tambah dalam sesebuah cerita yang ditambah oleh pencerita, penambahan ini telah menyebabkan cerita itu mempunyai pelbagai versi, seterusnya menimbulkan keraguan kepada sejarawan budaya untuk memilih cerita yang paling tepat. Masalah ketiga iaitu pemikiran rakyat dalam budaya mereka. Persoalan yang kerap menghantui para sejarawan adalah tentang pemikiran rakyat yang hidup dalam tahap tertentu dapat dinilai, sedangkan ia tidak mempunyai criteria ukuran tertentu.Pemikiran adalah bersifat subjektif. Kebenaran dalam sejarah subjektif sifatnya.Tafsiran sejarawan budaya kebiasaanya bersifat subjektif kerana sumber sastera rakyat adalah dalam bentuk cerita yang mengandungi pemkiran masyarakat. Tafsiran terhadap pemikiran merupakan suatu usaha yang sukar kerana memerlukan sejarawan untuk menguasai budaya masyarakat itu. Sejarawan perlu memahami budaya sesebuah masyarakat sebelum mengkaji pemikiran mereka.


BIBLIOGRAFI
Badriyah Haji Salleh dan Tan Liok Ee (peny.), 1996, Alam Pensejarahan Dari Pelbagai
Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Haji Ahmad dan Jonanthan Singki, 1989, Cerita Rakyat Iban, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm xxvi.

John W.Berry, 1999, Psikologi Lintas-Budaya: Riset dan Aplikasi ( Edi Suhardono,
Terjemah), Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Koentrjaraningrat, 1996, Pengantar Antropologi 1, Jakarta: PT Rineka Cipta.

Mohd. Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 213.

Mohd. Taib Osman, 1988, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman (peny.), 1991, Pengkajian Satera Rakyat Bercorak Cerita, K
ualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaini Ozea, 1988 ,Analisis Isi Cerita-Cerita Rakyat di Sarawak, dalam Hamzah Hamdani
(peny), Wajah Sastera Sarawak, (hlm 15-29), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.