Thursday, August 12, 2010

Pengaruh British Di Johor

Pada abad ke-19 masih British tidak dapat menepatkan penasihatnya di Johor, tetapi pengaruh British tetap masuk ke Johor melalui dasar-dasar pembaratan yang dijalankan oleh Daeng Ibrahim dan sultan abu Bakar. Setelah mempengaruhi corak pentadbiran yang dijalankan oleh British di negeri-negeri selat, pemerintah Johor pada masa tersebut telah meniru beberapa corak pentadbiran British tersebut.Antara perubahan yang dilakukan di Johor ialah mengubah corak pentadbiran baru, ini adalah bertujuan bagi melancarkan pentadbiran,hal ini menyebabkan terbentuknya jabatan kerajaan yang terdiri daripada perbendaharaan, polis, penjara, mahkamah, ukur, laut, perubatan dan kereta api, serta telah memperkenalkan undang-undang baru di Johor yang dipengaruhi dari British. Pada masa yang sama, terdapat juga pegawai-pegawai tinggi yang dilantik adalah dikalanagan orang British. Malah dalam kemajuan pendidikan, banyak sekolah-sekolah inggeris telah didirikan di Johor. Ekoran ini, tulisan jawi telah di tukar kepada tulisan rumi.
Dari segi ekonomi juga, negeri Johor sangat berpengaruh dengan sistem ekonomi British.Pada zaman pemerintahan daeng Ibrahim, baginda telah giat memajukan kegiatan pertanian terutamanya penanaman lada hitam dan gambir. Hal ini menyebabkan ramai buruh cina dari tanah jajahan British telah dibawa masuk ke Johor bagi memenuhi tenaga buruh.Atas nasihat W.W Ker, sistem kangcu telah diperkanalkan bagi mengawal kaum cina. Kangcu bermaksud tuan sungai yang berkuasa keatas sungai dan kedua-dua tebing sungai tersebut. Kangcu telah diberi kuasa terhadap kawasan masing-masing, dan kungcu juga akan membayar sewa serta pajakan kepada sultan. Kebanyakkan pemodal yang mengusahakan kegiatan ini adalah pemodal dari negeri-negeri selat. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa ekonomi di Johor telah dipengaruhi oleh British secara tidak langsung.

No comments:

Post a Comment