Thursday, August 12, 2010

Kesan Perang Saudara 1866-1873 Kepada Pentadbiran Di Selangor.

Selepas tamatnya Perang Kelang, lanun-lanun di pantai Selangor tetap meneruskan keganasan mereka. Kegiatan pelanunan ini memberikan kesempatan kepada Sir Andrew Clarke yang baru menyelesaikan campur tangan di Selangor untuk bertindak di Selangor. Pada tahun 16 November 1873, sekumpulan lanun yang disokong oleh putera-putera Sultan Abdul Samad telah menyerang sebuah kapal dagangan Melaka yang berhampiran dengan Sungai Jugra. 8 orang daripada 9 orang anak kapal yang merupakan rakyat British dibunuh.
Sir Andrew Clarke mengambil kesempatan ini untuk menyokong Tengku Kudin dan meluaskan pengaruh British di Selangor. British berjaya menangkap 9 orang melayu Selangor yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut. Sir Andrew Clarke memaksa Sultan Abdul Samad mengadakan perbicaraan ke atas lanun-lanun berkenaan pada bulan Februari 1874. Lanun-lanun itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.
Namun demikian, kejadian-kejadian pelanunan masih diteruskan lagi. Pada bulan Ogos 1874, satu kejadian pelanunan telah berlaku dekat Sungai Langat. Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Sir Andrew Clarke untuk menghantar Frank Swettenham tinggal dengan Sultan Abdul Samad sebagai ejen tidak rasmi british. Dalam pada itu Sultan Abdul Samad telah kagum dengan kepintaran dan kebijaksanaan Frank Swettenham dan meminta supaya Britsh melantik seorang residen untuk menasihati baginda. Pada bulan Okteber 1874, J.G Davidson dilantik sebagai Residen dengan Frank Swettenham sebagai penolong Residen. Akuan penerimaan Penasihat British ini telah dinyatakan oleh Sultan Abdul Samad dalam suratnya yang bertarikh 1 Oktober 1874 kepada Gabenor Andrew Clarke.

RUJUKAN

Gullick J.M.A History Of Selangor 1742-1957. hlm 59.

Nur Azian Wahab. Perang Kelang di Selangor 1866-1873. (2003).Laman Web Dunia:

http://portal. Mpklang.gov.my/lamanjabatan/individu.htm.

Gullick J.M. Tunku Kudin in Selangor 1868-1878. hlm 219.

S.P. Star. Pengenalan Sistem Residen Di Selangor.( 2002) .Laman Web Dunia:

http://www.geocities.com/cominglucky/selangor1874.htm

Buyong Adil. Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. hlm 138.

No comments:

Post a Comment