Thursday, August 12, 2010

Pengaruh British Di Sarawak

Setelah Brooke berjaya menghapuskan pemberontakan yang berlaku di Sarawak, brooke telah dilantik menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 oleh Pangeran Muda Hashim dan seterusnya pada tahun 1842 Brooke telah menerima surat pelantikan daripada Sultan Brunei sebagi Raja Sarawak. Brooke telah menjalankan pemerintahan dinasti di Sarawak, iaitu kuasanya akan diganti oleh keturunannya bagi meneruskan pemerintahan di Sarawak.
Raja Putih Sarawak telah meningkat sIstem pentadbirannya dengan pentadbiran yang lebih lengkap dan sistemetik. Brooke telah berusaha memajukan kegiatan perdangan di Sarawak, hal ini telah menyebabkan British berpandangan bahawa Brooke telah jalan perdangan kepada para pedagang British untuk menguasai jalan perdagangan ke benua China. Bagi melancarkan aktiviti perdangangan, Brooke telah berusaha menghapuskan lanun, hal ini telah menyebabkan Brooke terpaksa meminta bantuan daripada Angkatan Laut Diraja British.Angkatan laut ini juga telah membantu Brooke meluaskan kekuasaannya di Sarawak.Pada masa yang sama Brooke juga meluaskan wilayahnya dengan mengambil secara paksa atau membelinya daripada kesultanan Brunei.
Pada tahun 1853 Brooke telah diangkat menjadi Gebenor British yang pertama di Pulau Labuan serta telah bertindak sebagai wakil British ke Brunei. Pemerintahan Brooke di Sarawak sangat memerlukan pengaruh inggeris kerana bimbang akan kuasa–kuasa eropah lain yang sedang giat memperluaskan kuasa mereka di sekitar Malaysia. Bagi mengurangkan kebimbangan itu, British telah mengiktirafkan dengan rasminya kemerdekaan Sarawak bari Brunei pada tahun 1863 dan menghantar seorang pegawai konsul ke Sarawak.Pertalian antara Sarawak dengan British ini telah memperkuatkan lagi hubungan diantara laut Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa yang sama British telah mengarahkan agar Brooke mengubah corak pemerintahannya supaya berkiblatkan Britain.Sehingga Raja Sarawak yang kedua pernah mengatakan bahawa dimana bendera Sarawak di naikkan, di situ kepentingan inggeris akan dijungjung, ini menunjukkan bahawa British telah berpungaruh di Sarawak.

RUJUKAN

Mohd.Isa Othman.2002.Sejarah Malaysia 1800-1963.Kuala Lumpur.Perpustakaan Negara Malaysia.Hal 266.

http://members.tripod.com/~PKPMSM1/sejarah20c.html

Bar Bara Watson Andaya Dan Leonard Y.Andaya.1983.Sejarah Malaysia.Kuala Lumpur.Macmillan Publishers (M) Sdn.Bhd.Hal 146.

No comments:

Post a Comment