Thursday, August 12, 2010

DISIPLIN ANTROPOLOGI

Antropologi ialah ilmu yang mengkaji semua aspek kehidupan manusia termasuklah dari segi budaya, linguistik dan biologi. Antropologi juga merupakan satu disiplin ilmu yang amat berkait rapat dengan arkeologi. Ilmu ini berkait dengan kesucian dan perbandingan mengenai manusia yang merentasi masa dan ruang. Jumpaan arkeologi yang dikaji melalui disiplin antropologi ini menginterpritasikan jumpaan seperti bekas tembikar yang bercorak dan gelang-gelang manik kepada keadaan masyarakat pada waktu itu. Antropologi dibahagikan kepada tiga jenis iaitu biologikal antropologi, antropologi budaya dan antropologi bahasa. Biologikal antropologi atau dikenali juga sebagai fizikal antropologi adalah pengkajian yang melihat manusia sebagai organisma biologi. Contohnya yang berkenaan dengan evolusi manusia iaitu perkembangan manusia Homo Sapiens. Bagi merungkaikan persoalan ini mereka perlu menyusun rajah pokok keluarga manusia yang telah lepas, bekerja dengan bukti fosil secara meluas dan pemerhatian terhadap kehidupan mamalia yang paling tinggi termasuk manusia, kera dan monyet. Antropologi budaya pula ialah sub bidang dalam antropologi yang menekankan aspek-aspek teknologi, sosial dan agama. Bidang ini menghuraikan dan menganalisis budaya kumpulan masyarakat hari ini dan kaitannya dengan manusia lepas. Pengkajian kumpulan khas pada masa tertentu di kenali sebagai ethnography dan maklumatnya di kenali sebagai data ethnographic. Perbandingan dalam pengkajian budaya pula adalah untuk melihat sama ada budaya tersebut mempunyai persamaan atau tidak dikenali sebagai ethnology. Para ethnography perlu melakukan ethnology untuk membolehkan kita mempelajari budaya secara umum . Antropologi bahasa pula bertindak untuk mentafsir penggunaan bahasa dengan lebih mendalam dari segi bunyi, hubungan antara bahasa dan sistem bahasa yang mengalami perubahan mengikut peredaran masa. Selain itu, bidang ini turut digunakan untuk menghubungkan carta sejarah dan kesan migrasi kuno.

RUJUKAN
Frank Hole & Robert F. Heizer, op.cit., hlm. 51.

David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Acheology 4Th Edition. Thomsom Wadsworth, hlm ,26.

Marx Q. Sutton & Robert m. Yohe II. 2003. Archaelogy: The Science of The Human Past. Boston: Allyn and Bacon, hlm 6.

David Hurst Thomas & Robert L. Kelly. 2006. Archeology 4Th Edition. Thomson Wadsworth,hlm, 27.

No comments:

Post a Comment