Thursday, August 12, 2010

Pengaruh British Di Kedah

Walaupun pada abad ke-19 British tidak menguasai kedah secara rasmi, namun system pemerihtahan british yang dilaksanakan di negeri-negeri selat telah mempengaruhi system pentadbiran di Kedah. Ini kerana kedah sudah semakin terlibat dengan British. Kedah telah mengaplikasikan beberapa corak pentadbiran British yang ditiru dari negeri-negeri selat. Hal ini dapat dilihat apabila sultan Kedah iaitu sultan Abdul Hamid telah berusaha dengan giat untuk menyerapkan beberapa aspek pentadbiran Barat, pada tahun 1885 baginda telah melawat negeri Perak dan Singapura untuk meninjau sistem pentadbiran di sana. Ekoran itu, baginda telah memperkanalkan system bergaji pegawai kanan, malah pada masa yang sama baginda juga telah menubuhkan pasukan polis bagi mengawal keselamatan dan keamanan negeri. Selain itu, baginda juga telah mengadakan undang-undang mengawal tahan perlombongan bijih timah, serta sistem kewangan berpusat.
Dari segi ekonomi, Kedah juga bertalian dengan negeri-negeri selat, ini kerana ekonomi Pulau Pinang dan Kedah saling berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya pajak cukai kedah telah di kendalikan oleh saudagar Hokkien di Pulau Pinang, dan pada tahun1887 firma ini telah mengambil pajakan utama candu dan arak di Kedah dan Pulau Pinang. Selain itu, bagi memajukan kegiatan pertanian di Kedah, sultan Kedah telah membuat pinjaman dari Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan terusan air, antaranya yang terpenting ialah pembinaan terusan yang menyambungkan Alor Setar dan lembah gunung yang membolehkan pembukaan kawasan penanaman padi yang baru. Hasil tanaman padi akan akan dijual ke pulau pinang bagi tujuan pemasaran ke pasaran luar.

No comments:

Post a Comment